Monday 13 April 2009

Fikir sejenak 0016

Sesungguhnya bandingan kehidupan dunia hanyalah seperti air hujan yang Kami turunkan dari langit , lalu(tumbuhlah dengan suburnya) tanam-tanaman di bumi dari jenis-jenis yang dimakan oleh manusia dan binatang - bercampur-baur dan berpaut-pautan (pokok-pokok dan pohonnya) dengan sebab air itu; hingga apabila bumi itu lengkap sempurna dengan keindahannya dan berhias (dengan bunga-bungaan yang berwarna-warni), dan penduduknya pun menyangka bahawa mereka dapat berbagai-bagai tanaman serta menguasainya(mengambil hasilnya), datanglah perintah Kami menimpakannya dengan bencana pada waktu malam atau pada siang hari, lalu Kami jadikan dia hancur-lebur, seolah-olah ia tidak ada sebelum itu. Demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu-persatu bagi kaum yang mahu berfikir( dan mengambil iktibar daripadanya). (Itulah dia kesudahan kehidupan dunia), dan sebaliknya Allah menyeru manusia ke tempat kediaman yang selamat sentosa , dan Dia sentiasa memberi pertunjuk hidayahNya (menurut undang-undang peraturanNya) ke jalan yang betul lurus (yang selamat itu).

Fikir sejenak 0015

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah; maka (diantara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapa lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jualbelinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar. (Mereka itu ialah): orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji Allah, yang mengembara (Untuk menuntut ilmu dan mengembangkan Islam), yang rukuk, yang sujud yang menyuruh berbuat kebaikan dan yang melarang daripada kejahatan, serta menjaga batas-batas hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang yang beriman(yang bersifat demikian).

Monday 30 March 2009

Fikir sejenak 0014

Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang Maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya. Dan sesungguhnya Syaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka dari jalan yang benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka orang-orang yang mendapat hidayah pertunjuk.

Fikir sejenak 0013

Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar terhadap Al-Quran ketika sampainya kepada mereka, (akan ditimpa azab siksa yang tidak terperi); sedang Al-Quran itu, demi sesungguhnya sebuah Kitab Suci yang tidak dapat ditandingi, - Yang tidak dapat didatangi sebarang kepalsuan dari mana-mana arah dan seginya; ia diturunkan dari Tuhan Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Terpuji.

Thursday 26 March 2009

Thursday 12 March 2009

Fikir sejenak 0012

Dan Tuhanmu tidak sekali-kali hendak membinasakan mana-mana negeri dengan sebab kezaliman penduduknya, selagi mereka sentiasa memperbaiki keadaan sesama sendiri. Dan kalaulah Tuhanmu (wahai Muhammad) menghendaki, tentulah ia menjadikan umat manusia semuanya menurut ugama yang satu. (Tetapi ia tidak berbuat demikian) dan kerana itulah mereka terus-menerus berselisihan. Tetapi orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanmu, (mereka bersatu di dalam ugama Allah), dan untuk (perselisihan dan rahmat) itulah Allah menjadikan manusia. Dan dengan demikian sempurnalah janji Tuhanmu: "Sesungguhnya Aku akan memenuhi neraka Jahannam dengan sekelian jin dan manusia (yang berdosa)".

Wednesday 4 March 2009

Fikir sejenak 0011

Dengan yang demikian, berpegang teguhlah engkau kepada Al-Quran yang telah diwahikan kepadamu, kerana sesungguhnya engkau berada di atas jalan yang lurus. Dan sesungguhnya Al-Quran itu memberikan kemuliaan dan peringatan kepadamu(wahai Muhammad) dan kepada kaummu; dan kamu akan ditanya kelak(tentang isi kandungannya yang telah kamu amalkan).

Monday 2 March 2009

Fikir sejenak 0010

Dan orang-orang yang kafir berkata: "Janganlah kamu mendengar Al-Quran ini dan tentanglah dia(dengan nyanyian-nyanyian dan jeritan-jeritan riuh rendah serta tepuk sorak), supaya kamu berjaya(mengganggu bacaan atau menenggelamkan suara pembacanya)!". Maka demi sesungguhnya! Kami akan merasakan orang-orang yang kafir itu azab seksa yang seberat-beratnya, dan Kami akan membalas mereka dengan seburuk-buruk balasan bagi apa yang mereka telah kerjakan. Demikianlah keadaannya balasan musuh-musuh Allah, iaitu neraka; disediakan untuk mereka tempat tinggal yang kekal di dalamnya, sebagai balasan bagi perbuatan mereka yang sentiasa mengingkari ayat-ayat Kami.

Tuesday 24 February 2009

Fikir sejenak 0009

Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepadamu(wahai Muhammad) tujuh ayat yang diulang-ulang bacaannya(surah Al-Fatihah), dan seluruh Al-Quran yang amat besar kemuliaan dan faedahnya. Janganlah engkau menujukan pandanganmu (serta menaruh hati) kepada nikmat kesenangan yang kami berikan kepada beberapa golongan di antara mereka (yang kafir itu), dan janganlah engkau merasa dukacita terhadap mereka(kerana mereka tidak beriman dan tidak dapat menguatkan Islam sebagaimana yang engkau harapkan); dan sebaliknya hendaklah engkau merendah diri kepada orang-orang yang beriman (sekalipun mereka dari golongan fakir miskin).

Thursday 19 February 2009

Fikir sejenak 0008

Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman. Katakanlah(wahai Muhammad):"Kedatangan Al-Quran itu adalah semata-mata dengan limpah kurnia Allah dan kasih-sayangNya, maka dengan isi kandungan Al-Quran itulah hendaknya mereka bersukacita(bukan dengan yang lainnya), kerana ia lebih baik daripada apa yang mereka himpunkan(dari segala benda dan perkara yang tidak kekal)".

Wednesday 18 February 2009

Fikir sejenak 0007

Dan dialah yang menghidupkan kamu, kemudian ia mematikan kamu, kemudian ia menghidupkan kamu semula. Sesungguhnya manusia sangatlah tidak bersyukur. Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syari'at yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syari'at yang lain membantahmu dalam urusan syari'atmu, dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada ugama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus. Dan jika mereka mengemukakan bantahan kepadamu, maka katakanlah: "Allah Amat" mengetahui akan apa yang kamu lakukan. "Allah akan menghukum di antara kamu semua pada hari kiamat, mengenai apa yang kamu berselisihan padanya".

Friday 13 February 2009

Tuesday 10 February 2009

Fikir sejenak 0006

Sesungguhnya Al-Quran ini mengandungi keterangan-keterangan yang cukup bagi orang-orang yang (cita-citanya) mengerjakan ibadat(kepada Allah dengan berilmu). Dan tiadalah kami mengutuskan engkau(wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekelian alam.

Saturday 7 February 2009

Fikir sejenak 0005

Maka jangan - jangan pula engkau (wahai Muhammad), membinasakan dirimu disebabkan menanggung dukacita terhadap kesan-kesan perbuatan buruk mereka, jika mereka enggan beriman kepada keterangan Al-Quran ini. Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah diantaranya lebih baik amalnya. Dan sesungguhnya Kami akan jadikan apa yang ada di bumi itu(punah-ranah) sebagai tanah yang tandus.

Sunday 1 February 2009

Thursday 29 January 2009

Fikir sejenak 0004

Dan kalaulah ada mana-mana Kitab Suci yang dengannya gunung-ganang terbongkar bergerak dari tempatnya, atau dengan sebabnya bumi dipecah-belah mengeluarkan isi kandungannya, atau dengan sebabnya orang-orang yang telah mati dapat menjawab kata-kata yang dihadapkan kepadanya, maka Al-Quran ialah Kitab Suci yang mengandungi mukjizat. (Tetapi lahirnya sesuatu mukjizat itu adalah menurut kehendak Allah), bahkan segala urusan tertentu bagi Allah. Maka tidakkah orang-orang yang beriman mengetahui bahawa kalaulah Allah menghendaki tentulah Allah memberi petunjuk kepada umat manusia seluruhnya, (lalu menjadikan semuanya beriman). Dan orang-orang yang kafir itu (dengan sebab kekufuran mereka) sentiasa ditimpa bala bencana (ke atas diri atau harta-benda mereka); atau pun bala bencana itu turun menimpa tempat-tempat yang berhampiran dengan tempat tinggal mereka(lalu menjadikan mereka gempar kecemasan), sehinggalah datang janji Allah (hari kiamat dan azabnya); Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.

Friday 16 January 2009

Fikir sejenak 0003

Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran. (Kisah Nabi-nabi yang terkandung dalam Al-Quran) bukanlah ia cerita-cerita yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa yang tersebut dalam kitab-kitab ugama yang terdahulu daripadanya, dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman.

Monday 12 January 2009

Fikir sejenak 0002

Allah jua yang memiliki segala yang ada di langit serta yang ada di bumi, dan kecelakaan besar bagi orang-orang yang kufur engkar(terhadap Al-Quran) dari azab yang amat berat(yang akan menimpa mereka kelak). Orang-orang yang mengutamakan dunia lebih dari akhirat, dan menghalangi manusia dari jalan ugama Allah,serta menghendaki jalan itu menjadi bengkok terpesong, mereka itulah orang-orang yang terjerumus ke dalam kesesatan yang jauh terpesongnya.

Sunday 11 January 2009

Ayat Seribu Dinar

"Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah maka dia akan mengadakan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan baginya(keperluannya). Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakinya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu".

Saturday 10 January 2009

Fikir sejenak 0001

Demi sesungguhnya engkau(wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik. Dan demi sesungguhnya engkau akan dapati orang-orang yang dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata:'Bahawa kami ini ialah orang-orang Nasrani'. Yang demikian itu, disebabkan ada diantara mereka pendita-pendita dan ahli-ahli ibadat dan kerana mereka pula tidak berlaku sombong.

TAJ baby


Friday 9 January 2009

Fikir sejenak

Dan orang-orang kafir, setengahnya menjadi penyokong dan pembela bagi setengahnya yang lain. Jika kamu (wahai umat Islam) tidak menjalankan(Dasar bantu-membantu sesama sendiri yang diperintahkan oleh Allah) itu, nescaya akan berlakulah fitnah(kekacauan) di muka bumi dan kerosakan yang besar.

Panda yang semakin pupus


Variety of orchids


Fikir sejenak

Wahai orang-orang yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan RasulNya apabila ia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang menjadikan kamu hidup sempurna dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah berkuasa mengubah atau menyekat diantara seseorang itu dengan (pekerjaan) hatinya dan sesungguhnya kepadanyalah kamu akan dihimpunkan. Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa(yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang zalim diantara kamu secara khusus(tetapi akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah maha berat azab seksanya.

Kronologi Kota Mekah