Monday 30 March 2009

Fikir sejenak 0014

Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang Maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya. Dan sesungguhnya Syaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka dari jalan yang benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka orang-orang yang mendapat hidayah pertunjuk.

Fikir sejenak 0013

Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar terhadap Al-Quran ketika sampainya kepada mereka, (akan ditimpa azab siksa yang tidak terperi); sedang Al-Quran itu, demi sesungguhnya sebuah Kitab Suci yang tidak dapat ditandingi, - Yang tidak dapat didatangi sebarang kepalsuan dari mana-mana arah dan seginya; ia diturunkan dari Tuhan Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Terpuji.

Thursday 26 March 2009

Thursday 12 March 2009

Fikir sejenak 0012

Dan Tuhanmu tidak sekali-kali hendak membinasakan mana-mana negeri dengan sebab kezaliman penduduknya, selagi mereka sentiasa memperbaiki keadaan sesama sendiri. Dan kalaulah Tuhanmu (wahai Muhammad) menghendaki, tentulah ia menjadikan umat manusia semuanya menurut ugama yang satu. (Tetapi ia tidak berbuat demikian) dan kerana itulah mereka terus-menerus berselisihan. Tetapi orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanmu, (mereka bersatu di dalam ugama Allah), dan untuk (perselisihan dan rahmat) itulah Allah menjadikan manusia. Dan dengan demikian sempurnalah janji Tuhanmu: "Sesungguhnya Aku akan memenuhi neraka Jahannam dengan sekelian jin dan manusia (yang berdosa)".

Wednesday 4 March 2009

Fikir sejenak 0011

Dengan yang demikian, berpegang teguhlah engkau kepada Al-Quran yang telah diwahikan kepadamu, kerana sesungguhnya engkau berada di atas jalan yang lurus. Dan sesungguhnya Al-Quran itu memberikan kemuliaan dan peringatan kepadamu(wahai Muhammad) dan kepada kaummu; dan kamu akan ditanya kelak(tentang isi kandungannya yang telah kamu amalkan).

Monday 2 March 2009

Fikir sejenak 0010

Dan orang-orang yang kafir berkata: "Janganlah kamu mendengar Al-Quran ini dan tentanglah dia(dengan nyanyian-nyanyian dan jeritan-jeritan riuh rendah serta tepuk sorak), supaya kamu berjaya(mengganggu bacaan atau menenggelamkan suara pembacanya)!". Maka demi sesungguhnya! Kami akan merasakan orang-orang yang kafir itu azab seksa yang seberat-beratnya, dan Kami akan membalas mereka dengan seburuk-buruk balasan bagi apa yang mereka telah kerjakan. Demikianlah keadaannya balasan musuh-musuh Allah, iaitu neraka; disediakan untuk mereka tempat tinggal yang kekal di dalamnya, sebagai balasan bagi perbuatan mereka yang sentiasa mengingkari ayat-ayat Kami.