Monday 13 April 2009

Fikir sejenak 0016

Sesungguhnya bandingan kehidupan dunia hanyalah seperti air hujan yang Kami turunkan dari langit , lalu(tumbuhlah dengan suburnya) tanam-tanaman di bumi dari jenis-jenis yang dimakan oleh manusia dan binatang - bercampur-baur dan berpaut-pautan (pokok-pokok dan pohonnya) dengan sebab air itu; hingga apabila bumi itu lengkap sempurna dengan keindahannya dan berhias (dengan bunga-bungaan yang berwarna-warni), dan penduduknya pun menyangka bahawa mereka dapat berbagai-bagai tanaman serta menguasainya(mengambil hasilnya), datanglah perintah Kami menimpakannya dengan bencana pada waktu malam atau pada siang hari, lalu Kami jadikan dia hancur-lebur, seolah-olah ia tidak ada sebelum itu. Demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu-persatu bagi kaum yang mahu berfikir( dan mengambil iktibar daripadanya). (Itulah dia kesudahan kehidupan dunia), dan sebaliknya Allah menyeru manusia ke tempat kediaman yang selamat sentosa , dan Dia sentiasa memberi pertunjuk hidayahNya (menurut undang-undang peraturanNya) ke jalan yang betul lurus (yang selamat itu).

Fikir sejenak 0015

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah; maka (diantara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapa lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jualbelinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar. (Mereka itu ialah): orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji Allah, yang mengembara (Untuk menuntut ilmu dan mengembangkan Islam), yang rukuk, yang sujud yang menyuruh berbuat kebaikan dan yang melarang daripada kejahatan, serta menjaga batas-batas hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang yang beriman(yang bersifat demikian).